
Walau tanpa suami di sisi, Bunga Cinta Lestari tetap menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 di pusara Allahyarham Ashraf Sinclair.
‘Happy Annniversary’ (selamat ulang tahun),” tulis BCL dalam hantaran di Instagram sambil terlihat gambarnya berada di sisi pusara suami tercinta.
Bunga memakai pakaian serba merah jambu serta berselendang sedang duduk di sisi pusara Ashraf yang ditaburi kelopak mawar serta jambangan mawar segar.
Hantaran tersebut telah mencuri perhatian ramai pengikutnya di media sosial, termasuk kenalan selebriti yang turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan dan mendoakan kesejahteraan buat roh Ashraf.
Pada hantaran terdahulu, BCL telah memuat naik video kenangan bersama arwah suaminya yang mengundang rasa sebak nitizen.
“Kisahmua adalah warisan terbesar”, ujar Bunga pada kapsyen.
Allahyarham Ashraf Sinclair telah menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari lalu di usia 41 tahun.
Pasangan Bunga dan Ashraf telah bernikah pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]