Jaga berus gigi dengan cara betul

Jaga berus gigi dengan cara betul

Cara penyimpanan berus gigi tidak semudah yang orang ramai fikirkan kerana berus gigi boleh mengandungi berjuta-juta bakteria.

Kebiasaannya, berus gigi harus ditukar selepas tiga ke empat bulan digunakan. (Gambar Hello Doctor)

Setiap orang perlu memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi menjaga kesihatan gigi. Berus gigi sekurang-kurangnya selama tiga minit selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Selain itu, pemilihan berus gigi yang sesuai dengan gigi anda juga penting untuk menjaga kesihatannya.

Kebiasaannya, berus gigi harus ditukar selepas tiga ke empat bulan digunakan. Jangan tunggu sehingga ia menjadi terlalu usang dan tidak dapat membersihkan gigi anda dengan sempurna.

Sebaiknya, tukarlah berus gigi anda apabila:

  • Apabila bulu berusnya mula kembang atau rosak
  • Selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk
  • Selepas 3 bulan penggunaannya

Cara penyimpanan berus gigi tidak semudah yang orang ramai fikirkan kerana berus gigi boleh mengandungi berjuta-juta bakteria.

Kebanyakan kita menyimpan berus ini di dalam bilik air yang merupakan tempat penuh dengan bakteria. Maka, jangan letak berus gigi anda berdekatan sinki atau tandas kerana bakteria daripada situ boleh berpindah melalui udara dan sampai ke berus gigi anda.

Anda juga dinasihatkan agar menutup penutup mangkuk tandas sebelum mengepam air.

Cara menjaga berus gigi.

1. Jangan berkongsi

Berkongsi berus gigi boleh membawa kepada jangkitan yang disebarkan melalui air liur dan cecair badan yang lain. Amalan ini boleh menjadi kebimbangan khusus bagi mereka yang memiliki sistem imunisasi badan yang rendah atau sememangnya sudah dijangkiti penyakit berjangkit.

2. Penjagaan berus gigi

Selepas memberus gigi, cuci berus dengan bersih untuk mengeluarkan sisa ubat gigi atau kekotoran lain. Simpan dalam kedudukan menegak untuk membolehkan ia kering dan bersedia untuk penggunaan yang seterusnya. Pastikan anda menyimpannya di tempat yang membolehkan ia kering dengan mudah dan cepat.

Anda juga harus elakkan daripada meletakkan kesemua berus dalam satu bekas kerana kuman boleh berpindah dengan mudah. Simpan berus anda di tempat berasingan.

3. Jangan simpan dalam bekas tertutup

Anda mungkin berfikir bahawa menyimpan dalam bekas boleh melindungi berus dari sebarang kotoran. Tetapi sebenarnya, menyimpan berus dalam bekas tertutup boleh menyebabkan pertumbuhan mikro organisma lebih kondusif berbanding dalam udara terbuka.

4. Ganti berus gigi

Berus gigi akan menjadi haus selepas beberapa bulan digunakan dan ia bergantung kepada kekerapan penggunaannya. Tukar berus setiap tiga bulan. Berus gigi untuk kanak-kanak perlu lebih kerap diganti berbanding berus gigi orang dewasa.

Artikel ini telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.