Senaman kasut berat elak kepala botak

Senaman kasut berat elak kepala botak

Xiao mendapat tahu mengenai senaman luar biasa itu daripada 2 mahaguru yang mengamalkan rutin sama setiap hari.

bald
fmt-ohsem-inside-article1Macam-macam perkara sanggup dilakukan oleh manusia untuk memenuhi hasrat mereka.

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Shenzhen, selatan China, akui memperoleh cara mengelakkan keguguran rambut dengan berjalan memakai kasut berat.

Berbunyi tidak masuk akal tetapi lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Xiao memberitahu dia mendapat tahu mengenai senaman luar biasa itu daripada 2 mahaguru yang mengamalkan rutin sama setiap hari.

Menurutnya, seperti yang dipetik dalam Pear Video, dia berjalan menggunakan kasut berat setiap hari bagi mengelakkan kepalanya menjadi botak.

Malah rambut Xiao juga didakwa kembali tumbuh selepas dia mengamalkan senaman berjalan menggunakan kasut yang diikat dengan 2 besi masing-masing seberat 75 kilogram.

Xiao berjalan sekilometer atau 4 jam sehari dari kini merancang menambah berat kasutnya pada 440 kilogram.

“Tengoklah rambut baru tumbuh di kepala saya ini. Semuanya kerana senaman kasut berat. Saya berjalan dari tempat letak kereta ke puncak bukit ini semalam. Ia mengambil masa 5 jam,” katanya sambil menunjukkan rambut pada kepalanya.

Bagaimanapun dakwaan itu tidak pernah disokong dengan bukti perubatan atau sains.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.