Poland tahan suspek serangan bom di landasan kereta api

Poland tahan suspek serangan bom di landasan kereta api

Warga Ukraine itu didakwa membantu dua suspek utama masih bebas melakukan persiapan serangan itu.

Pengawal Keselamatan Kereta Api dan Pasukan Pertahanan Wilayah meronda stesen utama di Lublin, timur Poland minggu lalu selepas serangan bom di laluan kereta api strategik dari Warsaw ke Lublin. (Gambar EPA Images)
WARSAW:
Pihak berkuasa Poland mengenal pasti dan menahan suspek ketiga serangan bom di landasan kereta api negara itu awal bulan ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Warga Ukraine itu didakwa membantu dua suspek utama masih bebas melakukan persiapan serangan itu, kata jurucakap pejabat pendakwa raya pada Isnin.

Penyiasat percaya dia membawa rakan senegaranya ke landasan kereta api itu September lalu, membiasakan mereka kepada kawasan terbabit dan menunjukkan lokasi untuk meletakkan bahan letupan.

Landasan itu musnah pada pertengahan November akibat letupan di laluan kereta api strategik dari Warsaw ke Lublin.

Tiada kecederaan dilaporkan kerana pemandu kereta api menyedari kerosakan dan melaporkannya. Pemeriksaan seterusnya menemui kerosakan lain di laluan sama.

Penyiasat mengesyaki dua warga Ukraine berusia 39 dan 41 tahun sebagai individu yang melakukan sabotaj. Selepas serangan, mereka dipercayai melarikan diri merentasi sempadan ke Belarus.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.