X alami gangguan, ribuan pengguna terjejas

X alami gangguan, ribuan pengguna terjejas

Gangguan itu berlaku susulan isu teknikal di Cloudflare.

X Elon Musk
Data menunjukkan pengguna X berdepan masalah dengan platform itu antara 1118GMT hingga 1218GMT (7.18 malam hingga 8.18 malam waktu Malaysia). (Gambar AFP)
ISTANBUL:
Platform media sosial X dilaporkan mengalami gangguan pada Selasa yang menjejaskan ribuan pengguna di seluruh dunia, menurut laman pengesan gangguan Downdetector.com.

Data menunjukkan pengguna X berdepan masalah dengan platform itu antara 1118GMT hingga 1218GMT (7.18 malam hingga 8.18 malam waktu Malaysia), lapor Anadolu Ajansi.

Gangguan itu berlaku susulan isu teknikal di Cloudflare.

Sehingga kini, lebih 1,000 aduan dilaporkan pengguna.

Setakat ini, syarikat milik Elon Musk itu belum mengeluarkan sebarang maklum balas atau kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.