
Kemalangan berlaku di Madinah dan bas itu membawa warganegara India, menurut pihak berkuasa.
“Seramai 45 orang terkorban dan hanya seorang terselamat dan kini dirawat di hospital,” kata pegawai kanan polis negeri Telangana di selatan India, VC Sajjanar kepada pemberita.
Perdana Menteri India, Narendra Modi menerusi platform X menyatakan beliau “sangat sedih” dengan nahas itu.
“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa. Saya berdoa semua yang cedera segera sembuh.”
Modi berkata, Kedutaan India di Riyadh dan Konsulat di Jeddah sedang memberi semua bentuk bantuan yang diperlukan.
“Pegawai kami turut berhubung rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi.”