Arab Saudi benar pemegang semua jenis visa tunai umrah

Arab Saudi benar pemegang semua jenis visa tunai umrah

Ia memaklumkan langkah terbabit sebahagian usaha berterusan memudahkan prosedur jemaah umrah dan memperluas akses perkhidmatan haji dan umrah.

kaabah mekah haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan bahawa pemegang semua jenis visa kini boleh menunaikan umrah ketika berada di negara itu. (Gambar EPA Images)
JEDDAH:
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan pemegang semua jenis visa boleh menunaikan umrah ketika berada di negara itu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kementerian itu memaklumkan langkah terbabit merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memudahkan prosedur jemaah umrah dan memperluas akses kepada perkhidmatan sistem Haji dan Umrah, demi menyokong objektif Wawasan Saudi 2030.

Menurut kementerian, visa itu termasuk visa lawatan peribadi dan keluarga, visa pelancong elektronik, visa transit, visa kerja dan pelbagai jenis visa lain.

Kementerian itu turut menegaskan bahawa langkah itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memudahkan ketibaan umat Islam dari seluruh dunia bagi menunaikan ibadah mereka dengan mudah dan tenang.

Selain itu, kementerian berkenaan memaklumkan bahawa pihaknya baru-baru ini melancarkan platform digital ‘Nusuk Umrah’ bagi memudahkan mereka yang ingin menunaikan umrah secara langsung, membolehkan pengguna memilih pakej sesuai serta mendapatkan permit umrah secara elektronik dengan mudah.

Platform digital bersepadu itu juga membolehkan pengguna menempah perkhidmatan dan menetapkan waktu dengan lebih fleksibel, menurut kementerian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.