Mufti besar Arab Saudi meninggal dunia

Mufti besar Arab Saudi meninggal dunia

Solat jenazah bagi Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh akan diadakan di Riyadh dan masjid-masjid lain di seluruh negara.

Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh, mufti besar Arab Saudi sejak 1999, dilaporkan telah meninggal dunia. (Gambar Wikipedia)
RIYADH:
Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh telah meninggal dunia, menurut Mahkamah Diraja dalam satu kenyataan pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Kerajaan Arab Saudi dan dunia Islam telah kehilangan seorang ulama terkemuka yang banyak menyumbang dalam perkhidmatan ilmu, Islam dan umat Islam,” menurut kenyataan itu yang disiarkan oleh Agensi Berita Arab Saudi.

Sheikh Abdulaziz telah menyandang jawatan itu sejak 1999.

Solat jenazah akan diadakan di ibu negara, Riyadh, dan di masjid-masjid lain di seluruh negara pada Selasa, tambah kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.