15 maut kereta api funikular tergelincir

15 maut kereta api funikular tergelincir

Kejadian di Lisbon itu turut melaporkan kira-kira 20 orang cedera.

Seramai 15 orang maut di Lisbon selepas kereta api funikular, Elevador da Gloria tergelincir semalam. (Gambar EPA Images)
MADRID:
Seramai 15 orang maut di Lisbon selepas kereta api funikular, Elevador da Gloria tergelincir pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik jurucakap pasukan penyelamat.

Funikular itu digunakan oleh penduduk tempatan dan pelancong.

Nahas berlaku pada petang Rabu atas sebab yang masih belum diketahui, menurut saluran berita SIC Notícias dan beberapa media lain yang memetik perkhidmatan kecemasan bandar itu

Imej di lokasi menunjukkan tren itu terbalik dan mengalami kerosakan teruk. Laporan turut menyebut kira-kira 20 orang cedera atau terlibat dalam kejadian itu.

Daripada jumlah itu, empat mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal, menurut akhbar Público memetik jurucakap perlindungan awam.

Tiada maklumat lanjut mengenai identiti mangsa yang terkorban.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.