
“Lebih 1,400 orang cedera pada hari pertama bencana. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.
“Lebih 300 mangsa sudah direkodkan di beberapa kemudahan perubatan.
“Namun, kawasan itu terjejas teruk, tiada hubungan, justeru kami tidak dapat memberikan data yang tepat.”
Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa segera menyalurkan bantuan penting kepada Afghanistan.
Portal berita Tolo pada Isnin memetik Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Afghanistan berkata, lebih 800 orang terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera akibat gempa bumi yang melanda wilayah timur dan tengah Afghanistan pada awal pagi Isnin.
Wakil Khas Rusia untuk Afghanistan, Zamir Kabulov memberitahu RIA Novosti, pihak berkuasa Afghanistan turut menghubungi Rusia untuk mendapatkan bantuan menangani kesan gempa itu, yang sedang dipertimbangkan melalui Kementerian Situasi Kecemasan Rusia.