
Menurut Direktorat Am Perlindungan Awam, banjir itu menjejaskan 7,754 isi rumah di 339 kawasan kejiranan dan kampung.
“Seramai 30 mangsa maut selepas rumah mereka runtuh, manakala 17 lagi lemas.
“Selain itu, banjir turut menyebabkan 70 orang cedera dan 257 ekor ternakan mati,” menurut kenyataan pengarah agensi itu.
Jawatankuasa kebangsaan yang bertanggungjawab terhadap pencegahan banjir memaklumkan pihaknya mula mengagihkan bantuan makanan kepada 3,776 keluarga.
Pihak berkuasa turut berkata, kerajaan memperuntukkan 12 bilion franc CFA (USD21.3 juta) untuk membantu keluarga dan individu terjejas banjir di seluruh negara.
Tahun lalu, hujan lebat menjejaskan hampir 1.5 juta penduduk di lapan wilayah negara itu.