
ALGIERS: Sekurang-kurangnya 18 maut dan sembilan lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke Sungai Oued El Harrach di tengah Algiers, menurut Perkhidmatan Perlindungan Awam Algeria pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.
Perkhidmatan itu dalam kenyataan memaklumkan, kemalangan berlaku di bandar El Harrach yang menyebabkan 18 maut dan sembilan lagi cedera, termasuk dua dalam keadaan kritikal.
Sebanyak 25 ambulans, 16 penyelam dan empat bot dikerahkan untuk membantu mangsa.