
LOS ANGELES: Empat maut ditembak di sebuah bar di Anaconda, negeri Montana, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan serta pegawai penguat kuasa undang-undang.
Insiden itu berlaku di The Owl Bar, Anaconda yang terletak di barat daya Montana, lapor NBC Montana.
Suspek dikenal pasti Michael Paul Brown, menurut hantaran di Facebook oleh Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Anaconda-Deer Lodge County.
Pihak berkuasa turut memuat naik gambar suspek di Facebook serta menasihatkan orang ramai menjauhi Stumptown dan kawasan sekitarnya.
Peronda Lebuh Raya Montana dalam satu lagi hantaran di Facebook berkata, terdapat “kehadiran ramai penguat kuasa undang-undang di barat Anaconda dekat Stumptown Road dan Anderson Ranch Loop Road”.