Taufan Co-May badai Shanghai, kali kedua landa timur China

Taufan Co-May badai Shanghai, kali kedua landa timur China

Seramai 15,172 orang dipindahkan dan ditempatkan semula di daerah Fengxian sehingga 8 malam Selasa.

Penduduk dipindahkan ke sebuah stadium dijadikan pusat penempatan semula di bandar Zhoushan, wilayah Zhejiang pada Rabu susulan ketibaan Taufan Co-May yang membawa hujan lebat dan angin kencang. (Gambar EPA Images)
SHANGHAI:
Taufan Co-May, yang juga taufan kelapan tahun ini, melanda Shanghai di timur China buat kali kedua pada petang Rabu, selepas kali pertama membadai wilayah Zhejiang awal pagi Rabu, menurut pusat pemerhatian meteorologi Shanghai, lapor Xinhua.

Pusat Taufan Co-May (berstatus ribut tropika) membadai kali kedua di pesisir daerah Fengxian, Shanghai kira-kira 4:40 petang. Ketika tiba, kelajuan angin maksimum berhampiran pusat taufan direkodkan pada 23m sesaat, dengan tekanan minimum pusat sebanyak 978 “hectopascals”.

Bagi menghadapi taufan itu, daerah Fengxian membuat persiapan awal, termasuk mengenal pasti risiko berpotensi serta melakukan pemindahan dan penempatan semula penduduk dari kawasan berbahaya.

Bermula Selasa lalu, daerah itu menutup lokasi pelancongan dan 71 bot nelayan dialih ke pelabuhan untuk berlindung.

Sehingga 8 malam Selasa, seramai 15,172 orang dipindahkan dan ditempatkan semula di daerah Fengxian, dengan 4,660 daripadanya ditempatkan di pusat penempatan semula berpusat dan 45 lokasi penempatan semula.

Sebanyak 918 pasukan penyelamat kecemasan, membabitkan 7,741 orang digerakkan jabatan profesional seperti bekalan elektrik, telekomunikasi dan saliran di kawasan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.