33 maut disambar petir di India

33 maut disambar petir di India

Kebanyakan mangsa ialah petani dan buruh bekerja di kawasan lapang.

ribut petir
Banyak kawasan di Bihar mengalami hujan lebat dan ribut petir dalam tempoh 48 jam lalu. (Gambar Bernama)
NEW DELHI:
Angka korban akibat disambar petir ketika ribut monsun sejak dua hari lalu meningkat kepada 33 orang di negeri Bihar, timur India, lapor Xinhua.

Seorang pegawai Jabatan Pengurusan Bencana negeri itu pada Jumaat berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada petani dan buruh bekerja di kawasan lapang.

Mangsa cedera dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Banyak kawasan di Bihar mengalami hujan lebat dan ribut petir dalam tempoh 48 jam lalu.

Jabatan Meteorologi memberi amaran kemungkinan hujan lebat berterusan dalam beberapa hari akan datang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.