
Ronnie Villanueva, pegawai pengurusan risiko dan pengurangan bencana wilayah berkata, nahas berlaku kira-kira 8 pagi waktu tempatan ketika bas itu dalam perjalanan ke sebuah kem latihan tentera.
Menurutnya, seorang pelajar maut di lokasi kejadian, manakala seorang warga emas disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan. Seramai 27 lagi mengalami pelbagai jenis kecederaan.
Siasatan awal polis mendapati brek bas gagal berfungsi ketika menuruni selekoh curam menyebabkan ia terbabas dan terjunam ke gaung.
Pelajar kolej dalam perjalanan ke kem itu bagi mengikuti sebuah program mempersiapkan mereka untuk berkhidmat dalam angkatan tentera jika berlaku kecemasan serta sebagai anggota simpanan dan pegawai berpotensi.