Elak cukai di Sepanyol, Ancelotti dijel setahun

Elak cukai di Sepanyol, Ancelotti dijel setahun

Jurulatih skuad Brazil itu turut didenda 386,361.93 euro atau USD452,268.39.

Carlo Ancelotti
Bekas pengurus Real Madrid Carlo Ancelotti dijangka tidak akan dipenjarakan kerana hukuman penjara sehingga dua tahun biasanya digantung pelaksanaan di Sepanyol. (Gambar EPA Images)
MADRID:
Jurulatih skuad kebangsaan Brazil, Carlo Ancelotti dijatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan mengelak cukai, menurut Mahkamah Wilayah Madrid pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Mahkamah turut mengenakan denda 386,361.93 euro (USD452,268.39), tetapi keputusan itu belum muktamad dan boleh dirayu.

Bekas jurulatih Real Madrid itu dijangka tidak akan dipenjarakan memandangkan hukuman penjara sehingga dua tahun kebiasaannya digantung pelaksanaannya di Sepanyol.

Pejabat pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman penjara empat tahun sembilan bulan dan denda melebihi 3 juta euro.

Ancelotti dituduh gagal membayar cukai sekitar 1.06 juta euro kepada pihak berkuasa cukai sepanjang penggal pertamanya bersama Real Madrid dari 2013 hingga 2015.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.