2 juruterbang maut pesawat bertembung di Kanada

2 juruterbang maut pesawat bertembung di Kanada

Nahas berlaku di kawasan luar bandar Hanover, yang terletak di selatan Winnipeg, ibu negeri wilayah Manitoba.

Dua juruterbang maut selepas pesawat ringan yang dikendalikan mereka bertembung di udara ketika sekolah latihan juruterbang mengadakan sesi latihan. (Gambar AP)
OTTAWA:
Dua juruterbang maut selepas pesawat ringan yang dikendalikan mereka bertembung di udara pada pagi Selasa di selatan Kanada, lapor Xinhua.

Nahas berlaku di kawasan luar bandar Hanover, yang terletak di selatan Winnipeg, ibu negeri wilayah Manitoba, menurut laporan media tempatan yang memetik kenyataan polis

Kedua-dua juruterbang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan tiada penumpang berada dalam pesawat terbabit, menurut polis.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada telah dimaklumkan mengenai insiden itu dan serpihan dua pesawat berkenaan telah ditemukan.

Media tempatan melaporkan kejadian berlaku semasa sesi latihan yang dijalankan oleh sebuah sekolah latihan juruterbang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.