
“Parlimen telah mencapai kesimpulan bahawa Selat Hormuz perlu ditutup,” kata Esmaeil Kowsari, anggota Suruhanjaya Keselamatan Negara Parlimen, dalam kenyataan disiarkan Press TV milik kerajaan.
Selat Hormuz dianggap pintu masuk terpenting dunia untuk pengangkutan minyak.
“Keputusan muktamad mengenai perkara ini terletak pada Majlis Keselamatan Tertinggi Negara,” kata Kowsari.
Majlis Keselamatan Tertinggi Negara merupakan pihak berkuasa keselamatan tertinggi di Iran.
Presiden AS Donald Trump pada awal Ahad, berkata tenteranya telah mengebom tiga tapak nuklear Iran di Fordow, Natanz, dan Isfahan.
Serangan itu merupakan peningkatan terkini dalam serangan tentera Israel yang disokong AS ke atas Iran sejak 13 Jun, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas ke atas Israel.