
Beliau berkata, Trump percaya ada “kemungkinan besar untuk rundingan mungkin atau tidak mungkin berlaku dengan Iran dalam masa terdekat” yang boleh mengelakkan penglibatan AS secara langsung dalam konflik itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
“Tiada siapa patut terkejut dengan pendirian presiden bahawa Iran sama sekali tidak boleh memiliki senjata nuklear. Beliau telah menyatakan perkara ini secara tegas selama beberapa dekad,” katanya dalam kenyataan di Washington.
Leavitt turut mengesahkan komunikasi antara AS dan Tehran masih berlangsung ketika konflik memuncak susulan serangan dilancarkan Israel ke atas Tehran Jumaat lalu.