Israel-Iran akan berdamai ‘dalam masa terdekat’, kata Trump

Israel-Iran akan berdamai ‘dalam masa terdekat’, kata Trump

Presiden AS berkata banyak panggilan dan pertemuan sedang berlangsung dalam mencapai usaha berkenaan.

Donald Trump
Presiden AS Donald Trump optimis Israel-Iran akan berdamai di sebalik insiden berbalas serangan. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meramalkan Israel dan Iran akan mencapai perdamaian ‘dalam masa terdekat’ dan banyak pertemuan sedang diadakan ke arah itu, lapor Anadolu Ajansi.

“Iran dan Israel sepatutnya membuat perjanjian, dan mereka akan buat perjanjian,” kata Trump di platform Truth Social.

Kenyataan itu dibuat ketika Israel dan Iran saling melancarkan serangan baharu pada Ahad.

Konflik tercetus pada awal Jumaat apabila Israel menyerang kemudahan ketenteraan dan nuklear Iran, mengorbankan ramai pegawai kanan dan saintisnya.

“Kita akan capai PERDAMAIAN, tidak lama lagi, antara Israel dan Iran! Banyak panggilan dan pertemuan sedang berlangsung sekarang,” katanya.

Trump turut mendakwa bahawa beliau ‘tidak pernah diberi penghargaan atas apa-apa’, namun menambah, ‘tak mengapa, RAKYAT faham. JADIKAN TIMUR TENGAH HEBAT SEMULA!’

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.