
PCO berkata, rombakan itu “bertujuan memberi ruang kepada presiden menilai prestasi setiap jabatan dan menentukan siapa yang akan terus berkhidmat selaras keutamaan baharu pentadbirannya yang disusun semula”.
“Tindakan ini menandakan peralihan jelas daripada fasa awal tadbir urus kepada pendekatan lebih fokus dan berorientasikan prestasi.”
PCO turut memberi jaminan perkhidmatan kerajaan akan terus berjalan seperti biasa sepanjang tempoh peralihan.
Marcos dipilih sebagai presiden pada 2022 dan mempunyai tiga tahun lagi sehingga penggal enam tahunnya berakhir 2028.
Dalam pilihan raya baru-baru ini, hanya enam calon senator disokong Marcos memenangi kerusi senat – pencapaian tidak memenuhi jangkaan.