
Pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan di platform X pada Rabu menggesa orang ramai menutup pintu dan tingkap.
Bandar Andalusia itu terletak kira-kira 16km ke tenggara Seville. Tetapi, angin bertiup dari arah barat dijangka membawa awan asap menjauhi bandar berkenaan.
Beberapa siri letupan dilaporkan berlaku selepas kebakaran gudang di kawasan perindustrian itu. Rakaman televisyen menunjukkan kepulan asap hitam tebal menjulang dari kawasan gudang.
Setakat ini, tiada laporan awal kecederaan akibat kebakaran dan letupan itu atau pendedahan kepada asap toksik. Punca kebakaran belum diketahui.
Pihak berkuasa turut mengarahkan pemindahan penduduk atau pekerja dari kawasan perindustrian berkenaan.
Risiko keracunan belum dapat dipastikan, namun pihak berkuasa menegaskan arahan berada dalam rumah sebagai langkah berjaga-jaga.