
Menurut pegawai tempatan, kejadian berlaku semasa perayaan tahunan Chandanotsavam di Kuil Sri Varahalakshmi Narasimha Swamy di Visakhapatnam, kira-kira 393km timur laut Amaravati.
Dinding sepanjang 6.1m itu dilaporkan runtuh selepas hujan lebat dan angin kencang yang melemahkan struktur binaan, menghempap para penganut yang sedang beratur untuk memasuki kuil.
Pegawai kanan pentadbiran tempatan Vinay Chan berkata, semua runtuhan telah dibersihkan.
Susulan kejadian itu, pihak berkuasa mengarahkan pasukan tindak balas bencana negeri melaksanakan operasi menyelamat dan membawa mangsa yang cedera ke hospital.
Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.