
VANCOUVER: Beberapa orang maut selepas seorang pemandu merempuh kenderaannya ke arah orang ramai di sebuah festival jalanan di Vancouver, Kanada, pada Sabtu.
“Sejumlah mangsa maut dan ramai lagi cedera. Pemandu sudah ditahan,” kata polis Vancouver dalam catatan X.
Insiden itu berlaku ketika masyarakat Filipina meraikan Hari Lapu Lapu, kata Datuk Bandar Vancouver, Ken Sim di X.
Festival itu memperingati seorang pemimpin Filipina anti-penjajah pada abad ke-16.
“Kami berdukacita dengan semua yang terjejas dan masyarakat Filipina Vancouver pada masa sangat sukar ini.”
Polis berkata, insiden itu berlaku sejurus selepas 8 malam Sabtu di kawasan kejiranan Sunset on Fraser.