Pekerja kedai roti bunuh 7 rakan sekerja guna pisau

Pekerja kedai roti bunuh 7 rakan sekerja guna pisau

Dalam rakaman video dimuat naik polis di media sosial, suspek mengaku melakukan pembunuhan itu dan mendakwa mangsa berpakat membunuhnya.

police line do not cross
Polis berkata suspek menikam tujuh rakan sekerjanya menggunakan pisau sehingga maut ketika mereka sedang tidur dalam bangunan kedai roti itu.(Gambar Pixabay)
ANKARA:
Seorang pekerja kedai roti di Filipina membunuh tujuh rakan sekerjanya dalam serangan pisau awal pagi Selasa, menurut pihak polis.

Serangan itu berlaku di Antipolo City, Wilayah Rizal di timur Manila, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar tempatan ABS-CBN.

Menurut polis, suspek memasuki kedai roti dan menikam tujuh rakan sekerjanya hingga maut ketika mereka sedang tidur dalam bangunan itu. Dia bertindak bersendirian dan kemudian menyerah diri.

Lelaki itu ditahan sejurus selepas kejadian. Dalam satu rakaman video dimuat naik polis di media sosial, suspek mengaku melakukan pembunuhan dan mendakwa mangsa berpakat membunuhnya.

Pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan itu dan menjalankan penilaian terhadap tahap kesihatan mental suspek.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.