Dunia ambil serius dasar tarif AS, kata Trump

Dunia ambil serius dasar tarif AS, kata Trump

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pemimpin dunia dan tokoh korporat telah menghubungi beliau susulan pengumuman tarif itu.

donald trump
Donald Trump memperkenalkan beberapa dasar tarif baharu namun kenyataannya yang sering berubah menimbulkan kebimbangan terhadap potensi ketidaktentuan ekonomi global. (Gambar EPA Images)
ISTANBUL:
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad berkata pemimpin dunia dan tokoh korporat telah menghubungi beliau susulan pengumuman tarif baharu oleh pentadbirannya, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump menyatakan bahawa pengisytiharan ‘Liberation Day’ pada 2 April lalu – yang memperkenalkan tarif timbal balik – menarik perhatian kerajaan dan syarikat asing.

“Bagus apabila dunia tahu kita benar-benar serius,” katanya.

Trump mendakwa respons terbabit merupakan reaksi terhadap apa yang disifatkannya sebagai ketidakseimbangan perdagangan dan amalan tidak adil selama bertahun-tahun.

“Mereka perlu membetulkan ketidakadilan hasil penyalahgunaan selama beberapa dekad, tetapi ia bukan sesuatu yang mudah buat mereka.

“Kita mesti bina semula kekayaan negara kita yang hebat dan wujudkan timbal balik sebenar,” katanya.

Trump memperkenalkan beberapa dasar tarif baharu dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Bagaimanapun, kenyataan beliau yang sering berubah menimbulkan kebimbangan terhadap potensi ketidaktentuan ekonomi global.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.