
“Dua terkorban. Lima lagi mangsa tidak berdosa sedang menerima rawatan akibat kecederaan,” kata Presidennya, Richard McCullough sambil menyifatkan kejadian itu “hari amat menyedihkan” buat universiti.
Syerif Daerah Leon, Walt McNeil memaklumkan suspek ialah anak lelaki kepada timbalan syerif berkhidmat selama 18 tahun.
Suspek dikenal pasti sebagai Phoenix Ikner, 20, yang menggunakan senjata ibunya dalam serangan itu.
Pihak berkuasa belum mendedahkan maklumat lanjut berhubung identiti mangsa.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump turut diberi taklimat mengenai kejadian itu.
“Ini tragedi. Sesuatu yang amat mengerikan…Kami akan memberikan kenyataan lanjut mengenainya kemudian,” katanya kepada wartawan.
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) turut mengesahkan pihaknya sedang bertindak balas dan membantu pihak penguatkuasaan undang-undang tempatan.
Pihak universiti mengumumkan semua kelas dan acara rasmi dijadualkan pada Khamis dibatalkan.