
AS pada Khamis mengumumkan kenaikan lanjut itu sebagai “tarif timbal balik” ke atas barangan keluaran China.
Menurut jurucakap kementerian itu, langkah tarif AS itu merupakan tindakan buli dan paksaan secara unilateral yang jelas melanggar peraturan WTO, selain menjejaskan sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan serta orde ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
“China akan terus mempertahankan hak dan kepentingan sahnya serta bertegas mempertahankan sistem perdagangan multilateral, orde ekonomi dan perdagangan antarabangsa.”
Beijing turut menggesa AS membetulkan tindakannya segera dan membatalkan semua langkah tarif unilateral ke atas produk China, menurut jurucakap itu.