
ATHENS: Paus Francis menyeru perang dihentikan dan pelucutan senjata dilaksanakan di peringkat antarabangsa.
“Perang hanya memusnahkan komuniti dan alam sekitar tanpa menyelesaikan konflik, manakala diplomasi dan pertubuhan antarabangsa perlu diberi nafas serta kredibiliti baharu.
“Seperti pernah saya nyatakan, perang kini kelihatan semakin tidak masuk akal,” kata Francis sebagai respons kepada surat Ketua Pengarang akhbar harian Itali Corriere della Sera, lapor agensi berita Vatican News pada Selasa.