Ecuador isytihar darurat akibat hujan lebat

Ecuador isytihar darurat akibat hujan lebat

Pengisytiharan darurat akan membolehkan sokongan logistik daripada Kementerian Pertahanan serta menggerakkan semua peringkat kerajaan di kawasan kritikal.

Setakat ini, 23 daripada 24 wilayah di Ecuador dilanda hujan lebat sejak bulan lalu yang mengakibatkan tanah runtuh, banjir dan kerosakan struktur. (Gambar EFA Images)
QUITO:
Kerajaan Ecuador pada Selasa mengisytiharkan darurat di lapan wilayah dilanda hujan lebat sepanjang musim hujan ini, menurut Pejabat Presiden, lapor Xinhua.

Wilayah terjejas itu termasuk kawasan pantai dan selatan negara itu, menurut kenyataan berkenaan.

Pengisytiharan darurat itu akan membolehkan sokongan logistik daripada Kementerian Pertahanan serta menggerakkan semua peringkat kerajaan di kawasan kritikal, selain pelaksanaan langkah segera lain.

“Keutamaan adalah melindungi nyawa rakyat, memastikan perkhidmatan asas tidak terjejas dan memberikan bantuan kepada komuniti berdepan banjir,” menurut kenyataan Pejabat Presiden.

Setakat ini, 23 daripada 24 wilayah di negara itu dilanda hujan lebat sejak bulan lalu yang mengakibatkan tanah runtuh, banjir dan kerosakan struktur. Bencana ini meragut sembilan nyawa, merosakkan 4,232 kediaman serta menjejaskan 14,829 penduduk, menurut statistik terkini.

Institut Meteorologi dan Hidrologi Kebangsaan melaporkan hujan dijangka berterusan hingga Khamis dengan cuaca ekstrem lebih buruk diramal di kawasan pantai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.