
Beliau berkata demikian semasa menyertai pembukaan Persidangan Tahunan Pengangkutan Maritim dan Logistik Antarabangsa ke-14 di Iskandariah, Mesir, menurut kenyataan SCA.
Katanya, perbincangan berterusan dengan syarikat perkapalan, ditambah tanda positif kestabilan di Laut Merah mendorong 47 kapal mengubah laluan bulan ini untuk transit melalui Terusan Suez dan tidak lagi mengelilingi Tanjung Harapan.
Rabie optimis lebih banyak syarikat perkapalan akan kembali menggunakan Terusan Suez seiring peningkatan kestabilan di rantau itu.
Beliau turut menekankan krisis di Laut Merah menimbulkan “cabaran keselamatan belum pernah terjadi sebelum ini” kepada rantau berkenaan, sekali gus menjejaskan kestabilan dan kemampanan rantaian bekalan global.
Hasil kutipan Terusan Suez susut lebih 60% pada 2024, bersamaan kira-kira USD7 bilion akibat ketegangan di Laut Merah dan Selat Bab al-Mandeb.
Ketegangan di Laut Merah bermula apabila kumpulan Houthi di Yaman menyerang kapal dikaitkan dengan Israel pada Oktober 2023 sebagai tanda solidariti terhadap Gaza dalam konflik Hamas-Israel.
Dengan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza pada 19 Jan lalu, keadaan di Laut Merah kembali stabil.