Banjir di Bolivia ragut 30 nyawa

Banjir di Bolivia ragut 30 nyawa

Timbalan Menteri Pertahanan Awam Bolivia, Juan Carlos Calvimontes memberi amaran hujan lebat dijangka berterusan hingga April.

banjir dan tanah runtuh
Dalam seminggu lalu, banjir dan tanah runtuh di Bolivia menjejaskan lebih 10,000 keluarga serta meragut dua lagi nyawa yang menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 30. (Gambar X)
LA PAZ:
Jumlah kematian akibat hujan lebat dan banjir di Bolivia meningkat kepada 30 orang, dengan lima masih hilang serta lebih 126,000 keluarga terjejas, kata Timbalan Menteri Pertahanan Awam, Juan Carlos Calvimontes pada Rabu menurut Xinhua.

Dalam seminggu lalu, banjir dan tanah runtuh menjejaskan lebih 10,000 keluarga serta meragut dua lagi nyawa yang menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 30.

Bilangan keluarga terjejas meningkat daripada 116,207 kepada 126,236, termasuk 91,422 isi rumah terkesan dan 34,814 dikategorikan mangsa bencana, kata Calvimontes dalam sidang media.

Sejak November 2024, banjir merosakkan 1,004 rumah dengan 350 daripadanya musnah sepenuhnya.

Darurat diisytiharkan di barat La Paz akibat banjir teruk, menandakan pihak berkuasa tempatan tidak mampu mengendalikannya dan sumber negara perlu digerakkan bagi menyokong usaha bantuan.

Calvimontes berkata, negara itu berdepan cabaran besar melindungi penduduk dan membina semula komuniti. Beliau memberi amaran hujan lebat dijangka berterusan hingga April.

Perkhidmatan Meteorologi dan Hidrologi Kebangsaan menyifatkan keadaan cuaca semasa di Bolivia amat ekstrem. Pihak berkuasa sedang bekerjasama dengan ahli meteorologi untuk memberi amaran awal kepada kerajaan tempatan dan mengurangkan risiko, kata Calvimontes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.