
Tenney menerusi platform X berkata, sama seperti hari lahir George Washington yang diiktiraf cuti umum persekutuan, hari lahir Trump juga wajar diraikan sebagai pengasas “Zaman Keemasan” AS, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Washington, iaitu presiden pertama AS dilahirkan pada 22 Feb, namun Hari Presiden yang memperingati kelahirannya disambut pada Isnin ketiga Februari setiap tahun.
Tenney berkata, tiada presiden moden lebih berpengaruh di AS berbanding Trump.
“Hari ini, saya mengemukakan RUU untuk menetapkan hari lahir Trump dan Flag Day sebagai cuti umum persekutuan bagi memastikan sumbangan beliau terhadap keagungan AS terus diabadikan dalam undang-undang.”