50 maut runtuhan lombong emas di Mali

50 maut runtuhan lombong emas di Mali

Runtuhan berlaku ketika sebuah mesin berat terjatuh ke dalam lombong menyebabkan 49 wanita dan seorang lelaki maut.

Mali gold mining AFP 160225
Mali antara pengeluar emas utama di Afrika, namun aktiviti perlombongan haram masih sukar dikawal. (Gambar AFP)
BAMAKO:
Seramai 50 orang maut selepas sebuah lombong emas yang beroperasi secara haram runtuh di Bilalkoto, daerah Kenieba di wilayah Kayes Sabtu lalu, kata pegawai tempatan pada Ahad.

Menurut pegawai tempatan yang enggan dinamakan, runtuhan berlaku ketika sebuah mesin berat terjatuh ke dalam lombong itu.

Tragedi itu meragut nyawa 49 wanita dan seorang lelaki.

Perdana Menteri Mali, Abdoulaye Maiga pada Ahad berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas bagi menangani isu perlombongan haram yang sering mengundang bencana.

Mali antara pengeluar emas utama di Afrika, namun aktiviti perlombongan haram masih sukar dikawal.

Pada 29 Jan lalu, satu lagi runtuhan lombong emas di kawasan perlombongan Danga, daerah Kangaba, wilayah Koulikoro meragut 13 nyawa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.