10 cedera letupan bom tangan di Perancis

10 cedera letupan bom tangan di Perancis

Sumber polis berkata dua mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Siasatan awal polis menolak kemungkinan letupan bom tangan itu ada kaitan serangan pengganas. (Gambar X)
PARIS:
Lebih 10 cedera selepas sebutir bom tangan meletup di sebuah bar di bandar Grenoble, tenggara Perancis pada malam Rabu, lapor Xinhua memetik akhbar harian Perancis, Le Figaro.

Letupan berlaku sekitar 8 malam waktu tempatan, manakala dua mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal, menurut sumber polis.

Datuk Bandar Grenoble, Eric Piolle mengecam “tindakan jenayah tidak pernah berlaku sebelum ini” dalam hantaran X.

Siasatan awal polis menolak kemungkinan insiden itu ada kaitan serangan pengganas, menurut laporan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.