
Mangsa dilaporkan melompat keluar dari kereta api Pushpak Express yang dalam perjalanan dari Lucknow ke Mumbai, selepas mendengar khabar angin tentang kebakaran dalam kereta api itu, sebelum dilanggar kereta api lain yang sedang melintas di landasan berbeza, menurut laporan media tempatan.
Kejadian berlaku di stesen kereta api Paranda di daerah Jalgaon, utara Maharashtra, kira-kira 400km dari Mumbai.
Puluhan penumpang cedera dan angka korban dijangka meningkat.
“Maklumat awal kami menunjukkan terdapat percikan api dalam sebuah gerabak Pushpak Express disebabkan sama ada ‘hot axle’ atau ‘brake-binding’ (brek tersekat) yang menyebabkan beberapa penumpang panik.
“Mereka menarik rantai kecemasan dan sebahagian daripada mereka melompat keluar. Pada masa sama, Karnataka Express sedang melintas,” kata seorang pegawai kereta api kepada agensi berita PTI.