
Pada Jumaat, Mahkamah Agung AS menolak permintaan TikTok untuk menangguhkan larangan ke atas rangkaian sosial itu yang berkuat kuasa 19 Jan, menurut keputusan mahkamah yang dilihat oleh RIA Novosti.
Syarikat itu berhujah bahawa larangan berkenaan melanggar kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan AS. Trump dijadualkan mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden AS pada 20 Jan.
Rumah Putih menyatakan bahawa keputusan muktamad mengenai masa depan rangkaian sosial milik China itu di AS seharusnya dibuat oleh pentadbiran baharu diketuai Trump, berikutan tempoh masa larangan itu dikuatkuasakan. Trump, dalam reaksinya terhadap keputusan Mahkamah Agung dan Rumah Putih, memberitahu CNN bahawa beliau akan membuat keputusannya sendiri.
Kemungkinan entiti baharu itu akan menggabungkan bukan sahaja Perplexity AI dan TikTok AS, tetapi juga syarikat pelaburan New Capital Partners, menurut laporan penyiar yang memetik sumber tidak dinamakan.
Menurut sumber yang tidak dinamakan dan biasa dengan situasi itu, struktur baharu ini akan membolehkan kebanyakan pelabur ByteDance mengekalkan pegangan saham mereka dalam modal dibenarkan, manakala kemungkinan perjanjian antara Perplexity AI dan pemilik TikTok boleh mengambil masa beberapa bulan untuk diselesaikan.
Sumber itu turut memaklumkan, ByteDance secara terbuka menyatakan tidak akan menjual bahagian TikTok di AS, namun Perplexity AI percaya terdapat peluang untuk penggabungan.
Terdahulu, Presiden terpilih AS Donald Trump menyatakan beliau boleh memberikan tempoh tangguh selama 90 hari kepada TikTok untuk mematuhi keperluan sebelum ia mungkin dilarang di Amerika Syarikat.