
THE HAGUE: Lebih 700 aktivis iklim ditahan pada Sabtu semasa menyertai demonstrasi di lebuh raya dekat The Hague kerana menghalang laluan dan enggan bersurai, lapor Xinhua memetik polis Belanda.
Seramai 12 individu yang ditahan itu menghadapi pertuduhan atas kesalahan jenayah seperti hasutan dan serangan, serta dibawa ke balai polis.
Baki penunjuk perasaan dibawa keluar dari bandar dengan bas dan dibebaskan pada hari sama.
Penunjuk perasaan berkempen untuk menamatkan subsidi bahan api fosil kepada syarikat minyak, gas asli dan arang batu, menurut laporan media Belanda.
Polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan dan membuka semula laluan.