
Perkhidmatan Berhenti Merokok di seluruh New Zealand akan menerima kit permulaan vape yang akan diberikan secara percuma kepada perokok dewasa, terutamanya bagi membantu mereka yang telah mencuba kaedah lain untuk berhenti, kata Timbalan Menteri Kesihatan Casey Costello.
“Vape memainkan peranan penting dalam mengurangkan kadar merokok, dan kerajaan menyokong orang dewasa beralih kepada vape kerana ia jauh kurang berbahaya berbanding menghisap rokok,” kata Costello.
Beliau berkata, mereka menggunakan perkhidmatan berhenti merokok adalah empat kali lebih berkemungkinan untuk berjaya berhenti merokok, berbanding mereka yang tidak mendapatkan sokongan.
New Zealand menyasarkan untuk menurunkan kadar merokok kepada kurang daripada lima peratus menjelang akhir tahun depan.