
Pesawat Jeju Air 7C101 dengan 161 penumpang berlepas dari Gimpo pada 6.37 pagi waktu tempatan menuju pulau peranginan Jeju.
Bagaimanapun, masalah gear pendaratan dikesan sejurus berlepas menyebabkan Boeing 737-800 itu terpaksa berpatah balik dan mendarat pada 7.25 pagi waktu tempatan.
Insiden ini berlaku sehari selepas sebuah Boeing 737-800 milik Jeju Air terbabit nahas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290km di barat daya Seoul.
Pesawat yang disyaki mengalami kegagalan gear pendaratan itu dilaporkan mendarat tanpa roda, menyebabkan ia tergelincir dari landasan dan melanggar tembok luar landasan.
Nahas itu mengakibatkan fiuslaj pesawat pecah serta terbakar.