
KAHERAH: Seorang pelancong maut, manakala seorang lagi cedera dalam serangan ikan yu di pusat peranginan Laut Merah Mesir di Marsa Alam, kata Kementerian Alam Sekitar pada Ahad, lapor Xinhua.
Kementerian Alam Sekitar dalam kenyataan berkata, kedua-dua mangsa adalah warga asing, namun kewarganegaraan mereka tidak didedahkan.
Menurut kementerian itu, lokasi kejadian akan ditutup dan aktiviti berenang dilarang selama dua hari mulai Isnin.
Katanya, sebuah jawatankuasa khas akan dibentuk untuk menyiasat insiden berkenaan.