Masalah teknikal mungkin punca nahas pesawat di Korea Selatan

Masalah teknikal mungkin punca nahas pesawat di Korea Selatan

Pihak berkuasa lapangan terbang memaklumkan pesawat itu cuba melakukan pendaratan cemas kerana masalah gear pendaratan selepas cubaan pertamanya gagal.

Anggota bomba dan pasukan menyelamat dikejarkan ke lokasi nahas pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan hari ini. (Gambar AP)
MUAN:
Kerosakan pada fungsi gear pendaratan dipercayai punca pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada Ahad ketika cuba melakukan pendaratan cemas selepas percubaan pendaratan pertama gagal, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan pihak berkuasa.

Pesawat membawa 175 penumpang dan enam kru dari Bangkok itu cuba mendarat pada 9.07 pagi tadi, sebelum ia tergelincir dari landasan dan melanggar tembok, mengakibatkan sekurang-kurangnya 62 maut.

Pihak berkuasa lapangan terbang memaklumkan pesawat itu cuba melakukan pendaratan cemas kerana masalah gear pendaratan selepas cubaan pertamanya gagal.

Namun, pesawat malang itu dilaporkan gagal mengurangkan kelajuannya sehingga hujung landasan dan melanggar struktur di bahagian luar lapangan terbang, menurut pihak berkuasa.

Nahas itu menyebabkan kerosakan teruk pada pesawat sehingga berlaku kebakaran.

Saksi mendakwa terdapat tanda-tanda gear pendaratan pesawat seperti tayar tidak diaktifkan yang mungkin mendorong cubaan pendaratan cemas, dengan pelanggaran burung dipercayai menjadi punca kerosakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.