
MOSCOW: Sekurang-kurangnya 170 cawangan Starbucks di Amerika Syarikat terpaksa ditutup akibat mogok pekerja, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik USA Today.
Mogok bermula Jumaat lalu di Seattle, Los Angeles dan Chicago.
Isnin lalu, CNN melaporkan mogok merebak ke 10 negeri.
Sementara itu, Starbucks Workers United pada Selasa memaklumkan pihaknya menjangkakan lebih 5,000 pekerja menyertai mogok itu yang berpotensi menyebabkan penutupan 300 cawangan di 45 negeri.
Pekerja Starbucks menuntut kenaikan gaji, penambahan kakitangan dan jadual kerja lebih fleksibel, menurut kenyataan kesatuan itu.
CNN turut melaporkan mogok dijangka meluas ke seluruh negara, jika pihak pengurusan dan kesatuan gagal mencapai persetujuan.