Bangladesh mohon ekstradisi bekas PM dari India

Bangladesh mohon ekstradisi bekas PM dari India

Bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina melarikan diri ke India pada 5 Ogos selepas beberapa minggu protes besar-besaran terhadap pemerintahannya.

Sheikh Hasina
Sheikh Hasina dan pemimpin Parti Liga Awami berdepan kes mahkamah berkaitan dakwaan kehilangan paksa dan pembunuhan semasa protes terhadap pemerintahannya. (Gambar AFP)
NEW DELHI:
Bangladesh memohon agar bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina diekstradisi dari India.

“Kami telah menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu beliau kembali ke sini untuk proses kehakiman,” kata penasihat luar Kerajaan Sementara Touhid Hossain kepada wartawan di Kementerian Luar di Dhaka pada Isnin, menurut agensi berita rasmi Bangladesh Sangbad Sangstha.

Hasina melarikan diri ke India pada 5 Ogos selepas beberapa minggu protes besar-besaran terhadap pemerintahannya.

Bekas perdana menteri itu dan ramai pemimpin Parti Liga Awami berdepan kes mahkamah berkaitan dakwaan kehilangan paksa dan pembunuhan semasa protes berkenaan.

Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Oktober mengeluarkan waran tangkap terhadap Hasina.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.