
Angka kematian akibat rempuhan di Okija, negeri tenggara Anambra meningkat kepada 22 daripada 13 yang dilaporkan sebelum ini, kata jurucakap polis Tochukwu Ikenga.
Sepuluh orang maut dalam satu lagi kejadian di Abuja pada Sabtu, ketika makanan diagihkan di sebuah gereja.
Kedua-dua kejadian ini berlaku hanya beberapa hari selepas 35 kanak-kanak terbunuh dalam rempuhan di sebuah pameran sekolah di barat daya negara itu.
Makanan secara tradisinya diagihkan kepada golongan miskin menjelang Krismas, dengan orang ramai berkumpul untuk menerima sumbangan itu.
Peningkatan insiden maut dikaitkan dengan keadaan ekonomi semakin merosot di negara itu yang paling ramai penduduk di Afrika dengan anggaran lebih 230 juta orang.
Di sebalik kekayaan minyaknya, Nigeria berdepan krisis ekonomi terburuk lebih dua dekad. Inflasi tinggi menyebabkan harga makanan melonjak, menjadikan bahan makanan asas tidak mampu dibeli ramai rakyat Nigeria.