7 maut dalam kebakaran bengkel lilin di Mesir

7 maut dalam kebakaran bengkel lilin di Mesir

Bengkel itu terletak di tingkat satu sebuah bangunan kediaman bertingkat dan sebuah bilik di tingkat dua turut rosak.

dead body
Tujuh orang dilaporkan maut dalam insiden kebakaran sebuah bengkel lilin di bandar Shubra El-Kheima, wilayah Qalyubia, utara ibu negara Kaherah. (Gambar Pexels)
KAHERAH:
Tujuh orang maut dalam kebakaran sebuah bengkel lilin di bandar Shubra El-Kheima, wilayah Qalyubia, utara ibu negara Kaherah pada Khamis, menurut Xinhua yang memetik laporan media rasmi.

Bengkel itu terletak di tingkat satu sebuah bangunan kediaman bertingkat, dan kebakaran turut merosakkan sebuah bilik di tingkat dua, lapor akhbar milik kerajaan Akhbar El-Yom.

Pasukan perlindungan awam telah mengawal kebakaran, dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Awam Nasser di bandar itu, menurut laporan berkenaan.

Pendakwa raya telah mengarahkan siasatan segera mengenai punca kebakaran itu. Siasatan awal mendapati bengkel berkenaan beroperasi tanpa lesen dan tidak sepatutnya beroperasi di kawasan kediaman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.