Ketua turus tentera Korea Selatan ditahan atas dakwaan pemberontakan

Ketua turus tentera Korea Selatan ditahan atas dakwaan pemberontakan

Park An-su mengeluarkan arahan melarang semua aktiviti politik, termasuk sidang Parlimen ketika undang-undang tentera berkuat kuasa hanya beberapa jam sebelum dimansuhkan.

park an su
Park An-su ditahan dengan waran tangkap dikeluarkan mahkamah atas tuduhan memainkan peranan penting dalam pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa. (Gambar EPA Images)
SEOUL:
Ketua Turus Angkatan Tentera Korea Selatan, Park An-su yang mengetuai pemerintahan tentera semasa Presiden Yoon Suk Yeol melaksanakan undang-undang tentera hanya bertahan sementara, ditahan pada Selasa, kata pendakwa raya menurut laporan agensi berita Yonhap.

Park ditahan dengan waran tangkap dikeluarkan mahkamah atas tuduhan memainkan peranan penting dalam pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa.

Park berkhidmat sebagai ketua pemerintah undang-undang tentera Yoon untuk tempoh beberapa jam saja, sebelum dimansuhkan selepas Ahli Parlimen membatalkan dekri presiden.

Dalam tempoh singkat itu, beliau mengeluarkan arahan melarang semua aktiviti politik, termasuk sidang Parlimen.

Sabtu lalu, Yoon didakwa oleh Parlimen.

Dalam perkembangan berasingan, Yonhap melaporkan Yoon akan menyatakan pendiriannya di mahkamah, jika pendengaran awam diadakan dalam perbicaraan.

Peguamnya Seok Dong-hyeon memberitahu pemberita, Yoon menafikan dakwaan pemberontakan terhadapnya kerana mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Dis lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.