
Pakatan pemberontak Islamis melancarkan serangan mengejut dari pangkalannya di barat laut Syria pada 27 Nov dan merampas bandar-bandar utama daripada kawalan kerajaan sebelum menawan ibu negara pada 8 Dis.
“Saya meninggalkan Syria tanpa dirancang, dan ia juga tidak berlaku pada akhir pertempuran seperti didakwa segelintir pihak,” katanya dalam kenyataan di Telegram.
“Saya kekal di Damsyik dan melaksanakan tugas sehingga awal pagi Ahad, 8 Dis.”
Katanya, dia berpindah ke Latakia selepas Damsyik diceroboh dalam tindakan yang diselaraskan dengan sekutu Rusianya untuk memantau operasi tempur, dan tiba di pangkalan udara Hmeimim pagi itu.
“Semakin keadaan meruncing, pangkalan tentera Rusia itu turut menjadi sasaran serangan dron, dan Moscow mengarahkan pangkalan itu melaksanakan pemindahan segera ke Rusia pada lewat 8 Dis,” menurut kenyataan itu.
Lima bekas pemimpin sebelum ini memberitahu AFP, bekas presiden itu telah meninggalkan Suria beberapa jam sebelum pemberontak menawan Damsyik dan menggulingkan kerajaan Assad.
Menurut pegawai berkenaan, pada malam sebelumnya Assad meminta penasihatnya menyediakan ucapan yang malah tidak sempat dibaca, sebelum terbang ke pangkalan udara Hmeimim milik Rusia dari lapangan terbang Damsyik, dan dari situ ke luar negara.