
Parti Demokratik (DP) bersama lima parti pembangkang lain mengemukakan usul itu pada Rabu, yang kemudiannya dibentangkan di badan perundangan, Perhimpunan Kebangsaan, pada Khamis.
Timbalan jurucakap DP, Cho Seung-rae, berkata pihaknya merancang untuk mengadakan undian mengenai usul itu pada petang Sabtu bagi memberi masa mencukupi kepada ahli parlimen parti pemerintah untuk membincangkan keputusan mereka berhubung tindakan Yoon, menurut agensi berita Yonhap.
Majoriti 2/3 diperlukan untuk meluluskan usul itu yang memerlukan sokongan daripada sekurang-kurangnya lapan ahli parlimen parti pemerintah, People Power Party (PPP).
PPP pada Rabu menyatakan mereka akan menentang usaha pembangkang untuk memecat Yoon.
Pada Khamis, Perhimpunan Kebangsaan turut meluluskan usul pemecatan terhadap ketua juruaudit negara dan tiga pendakwa raya kanan berhubung peranan mereka dalam siasatan berkaitan pemindahan pejabat presiden dan isterinya, Kim Keon Hee.